Tuesday 5 March 2013

Me Love You! 8


BAB 8
‘’ Assalamualaikum , Puan Sri. Dah sihat hari ni? ‘’ dengan mesra kak hanna bertanya.

‘’ dah okay pun. Hanna , kamu bawa tak lagi budak yang kamu ceritakan tu? ‘’

‘’ dah, Puan Sri. Tu pun dia. ‘’ kak hanna menunding jarinya ke arah aku yang sedang tercegat berhampiran mereka berdua.

‘’ Assalamualaikum, Puan Sri. Nama saya Munifah Liyana. Puan Sri boleh pangggil saya lea. Baru habis spm. Kiranya umur saya 18 tahun la. Hee . ‘’aku terus tersengih seperti kerang busuk.

‘’ waalaikumussalam , munifah. Saya NorKhairani Abdullah. Umur baru 47 tahun. Still young lagi ni. Boleh tambah anak sorang lagi. Hahaha. ‘’ sempat lagi Puan Sri NorKhairani ni berseloroh. ‘Tapikan dia tak letak PUAN SRI pun tadi semasa memperkenalkan diri. Aku dapat rasakan yang dia ni mesti yang merendah diri. Kan, kan, kan? hehehe.’

Puan sri NorKhairani melambai ke arah kak hanna. Terkocoh-kocoh kak hanna dibuatnya.

‘’ hanna, nak letak muni kat mana ye? Butik ke restoran? Or kedai bunga? ‘’ tanya Puan Sri NorKhairani kepada kak hanna.

‘’ Puan Sri, kenapa tanya saya pula? Tu kan hak Puan sri menentukan pekerja puan sri bekerja dekat mana yang puan sri rasa sesuai. ‘’

‘ puan sri ni mengigau ke tiba-tiba je tanya aku. Biasa ikut suka dia je nak letak kat mana-mana pun. ‘ gumam kak hanna dalam hati.

‘’ kalau macam tu, saya letak awak dekat sini je la ye, di Butik Muslimah Khea. Kamu kerja di bawah hanna ye. Nanti dia bagi la tunjuk ajar dekat kamu. Gaji RM800 sebulan. I hope you will enjoy working here. Ok la, muni , hanna. I have to go now. Assalamualaikum. ‘’

5 minit kemudian.

Kereta Mazda 6 milik Puan Sri NorKhairani berlalu pergi meninggalkan perkarangan butik mewah itu.
‘’ welcome to Butik Muslimah Khea. You will work under my order. Hahahaha. Tak sangka puan sri letak lea dekat sini. Mati-matian kak hanna ingat dia akan letak lea dekat kedai bunga atau restoran. ‘’ kak hanna terus berceloteh sebaik sahaja puan sri pergi.

‘’ apa nama kedai bunga dan restoran milik puan sri tu? ‘’

‘mesti banyak duit ni. Nama pun puan sri dekat pangkal nama dia tu. Senget betul la ko ni lea .’

‘’ Kedai Bunga Khea dan Khea’s Restaurant. Kedai buku tu terletak berhampiran Bukit Bintang. restoran pula dekat dekat sini je. Senang sikit puan sri nak pantau. Lae tahu tak? Puan sri upah designer sendiri untuk buka butik ni. Akak antara orang pertama yang kerja kat sini. Butik ni pun dah buka dekat lima tahun juga la. Akak dah selesa kerja kat sini, sampai akak rasa malas nak cari kerja yang bersesuaian dengan bidang yang akak ambil di Belanda dulu. ‘’ tu dia. Panjang lebar je penerangan cik nur hanani along ni , hahahaha. 
‘’ akak ambil bidang apa ye dekat oversea dulu? ‘’ tanyaku.

‘’ akak ambil bidang akaun. Hehe , maknanya akak boleh kerja sebagai akauntan la. ‘’ ujar kak hanna.


‘’ habis tu macam mana boleh tersangkut dekat sini? ‘’ berkerut dahi aku memikirkan cerita kak hanna.
‘’ ala , masa tu akak tengah cari kerja sambilan sementara keputusan temuduga akak keluar. Kebetulan Butik Khea baru buka masa tu. Akak pun serbu je la butik ni. Hehehe, tapi masa tu gaji akak rendah je. Dalam 600 ratus laa. 5 bulan kemudian , puan sri dapat kesan yang akak ni graduan daripada University Of Netherland. Dia pun pujuk la akak jdi akauntan di butik ni. Akak pun teragak-agak juga pada mulanya. Lepas berbincang dengan family , akak pun terima. Gaji pun di up kan kepada jeng jeng jeng! Hahahahahaha. ‘’
‘’ akak ni, lea tengah excited dengar cerita akak ni. Buat lawak pula, cepat la bagitahu. Berapa kak? ‘’
‘ curiga juga aku ni. Kalu jadi akauntan dekat syarikat yang betul, banyak juga yang kak hanna dapat. Dalam 6000 aku rasa. Bukan ramai yang berjaya dalam bidang akauntan ni. Susah weh nak berjaya. Ciput je yang berjaya.’
‘’ adalah dalam 4000. Hehehe ‘’. Tersengih kak hanna melihat muka aku yang terlopong apabila mengetahui gaji dia.
‘’ 4 ribu? Sikit je kak bagi akauntan macam akak ni. ‘’
‘’ sikit lea kata? Bagi akak banyak la tu. ‘’ bidas kak hanna.
‘’ kalau akak kerja dekat syarikat betul, bukan dekat butik. Dalam 6 ribu akak dapat. ‘’
‘’ eleh, pun sri ada bagitahu akak yang tan sri berminat nak ambil akak diserapkan dalam syarikat dia. Hehe , dalam tahun depan atau tahun sekali lagi. Amacam? ‘’
‘’Ya Allah, untung la kak hanna ‘’.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 ‘’ lea , puan sri ada seorang anak teruna tau. Handsome sangat! Muka ala-ala Pan Asian gitu. Tapi , tak silap akak puan sri berkahwin dengan lelaki British yang menetap kat Malaysia. Anak teruna dia tu sikit pun tak nampak melayu. Dah la rambut blonde semulajadi. Mata dia! Ya Allah , tak dapat kak hanna bayangkan. Satu je berita buruk pasal dia, umur dia baru 25. Huhu. ‘’ kak hanna membuat muka sedih

‘’ Terlepas saja. Akak dah umur 26 tahun. Hahahaha. Lea , jangan bagitahu along ye. Mengamuk dia nanti. ‘’ bisik kak hanna kepadaku.

‘’Orait bos ! hehehe ‘’.

‘ Tapikan , dari cerita kak hanna tu membuatkan aku teringat dekat Izzul. Hmmmmm. ‘ L

Me Love You! 7


BAB 7
Kak hanna tinggal di Taman Indah. Menyewa rumah dekat sini. Murah je kata kak hanna. RM200 , ok la tu kan. Rumah pun aku tengok cantik dan selesa giler. Haha. Tambah pula suasana perumahan ni macam dekat kampung je aku rasa. Damai je, jauh daripada kesibukan Kuala Lumpur yang memang terkenal dengan sebagai kota metropolitan. Kak hanna memang pandai la cari tempat macam ni.
‘’ woit! Jauh termenung adik along ni ‘’, aku terasa bahuku dipukul lembut daripada belakang.
‘’ eh , akak. Mana ada lea termenung. Lea ambil angin je. Lea tak sangka pula akak pandai cari tempat macam ni. Suasana kampung pula tu, lea rase tak duduk dekat Kuala Lumpur la pula bila  tengok suasana perumahan ni. ‘’ segaris senyuman dilemparkan sebaik sahaja aku selesai bercakap.
‘’ alah, akak mamang cari tempat macam ni. Tak sangka pula ada tempat kosong. Terus akak ambil. Kebetulan murah , apa lagi. Akak rembat la. Hehehe ‘’.
‘Laaaa , kak hanna beli ke rumah ni? Semangat aku ingat kak hanna sewa.’
‘’ lea ingat kak hanna sewa rumah ni. Beli rupanya. Habis tu akak beritahu harga sewa tu buat apa? ‘’ tanya ku.
‘’ kamu la yang kena bayar RM200 tu. Hahahahaha ‘’.
‘’ betul ke kak? Lea belum kerja lagi ni. ‘’ hadoi, merosakkan mood aku je.
‘’ haishh, mana ada. Akak gura je tadi. Akak beli rumah ni RM300. Masa tu , rumah ni tak secantik sekarang tau. Banyak juga la akak perhabis untuk baiki rumah ni tapi yang penting akak berpuas hati. Lagi pun, akak sayang la suasana dekat sini. Tu yang akak sanggup keluar duit semata-matanya nak baiki rumah ni. ‘’ panjang lebar kak hanna menerangkan asal usul rumah ni. Hehehe.
‘’ eh, lea. Dah lewat ni. Esok nak pergi kerja pula. Dah dah, cepat masuk tidur. ‘’
Masing-masing menuju ke bilik dan terus melelapkan mata. Tak sabar menanti hari esok.

Me Love You! 6


BAB 6
‘’ lea ‘’.
‘ eh , aku rasa macam ada orang panggil nama aku je. Kacau betul lah. Baru mimpi indah tadi.‘
Perlahan-lahan lea membuka matanya. Terjengul muka kacak di depan muka nya.
‘’ YA ALLAH! Awak buat saya terkejut je. Nasib muke hensem. Lau tak, dah lama punggung awak cium lantai bas nim tau, ‘’.
‘Nasib lah kau izz. Tolong kejutkan pun kena marah. Apa lah minah nim. Angkat bendera jepun ke?’ sempat izz bermonolog dalam hati dia.
‘’ bangun jugak awak akhirnya. Penat saya panggil nama awak. Nak sentuh kan, takut kena karate je. Hehehe , ‘’ ujar izz sambil tersenyum. Kelihatan seperti tidak mengambil hati dengan kata-kata lea sebentar tadi.

‘ ekkk? Apa lah ko ni lea! Tengok apa yang ko dah buat. Hishhh’ sesal lea dalam hati.
‘’ emmm, awak. Sorry ye. Saya tengah terkejut plus mamai tadi. Maaf sangat-sangat. ‘’
‘’ tak pe. No hal ah., ‘’
Sempat lea melihat jam tangan izz.
‘ YA ALLAH! Aku dah lambat ni’
‘’ okay lah izz. I have to go now. See u next time. Assalamualaikum ‘’, lea bergegas turun.
‘’ lea! , ‘’ teriak izz malangnya tidak di dengari.
‘aisey man! Baru nak mintak nombor. Kan dah terlepas. Adoii.’
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sebaik sahaja turun daripada bas, aku terus ternampak kelibat kak hanna atau Nor Hanani Samir. ‘Manis orangnya. Padan dengan along. Pandai betul along kelentong umi. Cakap kak hanna ni teman tapi mesra dia semasa menuntut dekat belanda. Padahal kak hanna ni pengarang hati jantung pisang dia. Haha. Dah merapu aku ni. Apa pun, mekasih along! Because of you, I can go to kl.’
‘’ KAK HANNA!! Nor hanani Samir!! Munifah liyana dah sampai ni!! Yuhuu, datin cute plus gorgeous dah sampai. ‘’
Cepat-cepat kak hanna berpaling kea rah suara itu.
‘siapa pula yang panggil nama aku ni. YA ALLAH! Budak bertuah ni rupanya.’
‘’ Assalamualaikum , kak hanna. ‘’ ucap lea sambil menyalam tangan kak hanna.
‘’ waalaikumussalam, lea apa khabar? Sihat? ‘’
‘’ hehehe , sihat je. Tengok pipi lea ni. Dah naik la. ‘’ lea menunjuk pipinya ke arah kak hanna.
‘’ tak pe naik pun. Asal masih cute sudah. Haha. Ok la. Jom kita blah dari tempat yang sesak ni. Esok lea dah mula kerja. ‘’
Kak hanna menarik tangan aku kea rah keretanya.
‘’ Wow !! akak guna Honda Civic. Caya laa, akak. Bergabung dengan along pula, Honda Accord. Perrgghh , memang mantap laa!. ‘’ aku mengangkat ibu jari tanda bagus.
‘’ ada-ada je laa kamu ni. Dah, jom kita balik. ‘’ kak hanna memandu perlahan-lahan menuju ke rumahnya.

Me Love You! 5


BAB 5
Eh , apasal budak tepi aku ni? Duk tengok aku je dari tadi. Macam lah muka aku hilang sesuatu. Nak kata tak ada hidung, ni ha ada! Siap mancung lagi. Lubang hidung pun dua je. Bukan satu. Alamak! Mesti sebab aku belum ucap terima kasih lagi. Lupa lah siot!

‘’ err.. thanks ye sebab tolong kejutkan saya. ‘’ ujar Izz sambil tersenyum manis.
Aik? Asal tak ada respon pun. Pelik betul lah budak ni.
Izz pun melambai-lambai tangannya di hadapan Lea.

‘’ Hello? ‘’ sapa Izz sambil mengangkat kening.

‘’ Opocot, mak kau! ‘’ terdengar latah yang keluar daripada bibir mungil Lea.

‘’ Hahahahahahahahahaha ‘’ bagai nak pecah perut izz ketawa.

‘Ish , mamat ni. Kelakar sangat lah tu. Aku cili jugak mulut mamat ni. Dah naik merah pipi aku .’gumam lea dalam hati.

‘’ maaf ye. Saya tengok awak asyik sangat tilik muke saya. Bila tegur,awak tak dengar pulak.’’

‘’ ohhh. Takpe. I’m fine. ‘’ segaris senyuman di hulurkan.

‘’ by the way, macam orang tua je awak melatah tadi. Hehe. Cute . ‘’ ujar izz.

What? Dia cakap aku macam orang tua. Tapi, dia kata aku cute. Hehe. Alhamdulillah. Abah selalu pesan dekat aku. Kalu orang puji, kita kena bersyukur lah.

‘’ tapi kan, saya tak de lah tua sangat kn? ‘’ cuak aku di buatnya. Aku kan baru umur 17 tahun.

‘’ tak de lah. Gura je. ‘’ balas izz.

‘’ saya rasa mungkin awak perlu pakai cermin mata yang betul lah. Bukan yang hitam macam ni. Agak-agak lah sikit ye bergurau macam tu. Nanti tersungging kan hati orang lain. Saya tak terasa pun. Cume nasihat saje. Ok lah. Saya nak tidur ‘’.

Terpinga-pinga izz apabila gadis itu menyerang dia. Aik, marah betul minah ni. Gura je kot.
‘’ hehe. I know . can u tell me your name? ‘’

‘Izz!!! Kenapa dengan kau ? gatal je mulut kau tanya nama dia. Ya Allah, aku bukan pandai mengurat pun. Mesti mummy bangga dengan minah ni sebab dia perempuan pertama yang aku buat macam ni.’ Guman izz dalam hati.

Mamat ni memang sah nak kena karate di Munifah Liyana agaknya. Tak ada angin , rebut sibuk tanya nama aku. Kalau cantik macam Scha Al-Yahya tak pe lah jugak. Ni muka setakat cukup makan je.
‘’ kenapa nak tahu nama saya? Penting ke? ‘’ sah mamat ni gile!

‘’ saja nak tahu. Nak tambah kawan. Orang kata berkawan  biar seribu berkasih biar satu. Nama saya Izzul ‘’ dengan selamba izz menjawab. Siap bermadah lagi. Copy paste dari papa. Hahaha. Thanks , papa!

‘’ saya Lea. ‘’

‘’ cantik nama. Secantik tuannya. ‘’ sempat lagi dia menyakat lea.

‘’ whatever. Saya nak tidur. Nanti tolong kejutkan kalau ada apa-apa ye. ‘’ perlaham-lahan lea melelapkan matanya. Emmmm , ngantuknya. Hanya tuhan je tahu betapa berdebarnya dia.

‘Emmmm, cute jugak ye minah ni. Muke nampak polos gitu. Mata dia bulat sikit. Macam heliza helmi. Hehehe. Gadis idamankuu! Warna mata dia hazel dan bila tengok mata dia macam berkaca-kaca gitu. Cantik!  Yang pasti, semua anggota kat muke minah ni perfect lah. Sesuai je dengan bentuk muke bujur sirih dia tu. Ada iras datin nor aliah lee pulak.’ Gumam hati izz.
Sempat juga dia menilik cara gadis sebelahnya berpakaian.
‘ awesome! Calon isteri yang solehah. Hahaha. Pandai dia tutup aurat. Dengan blaus warna biru laut dan seluar slack warna putih dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih. Labuh menutupi dada. Kasut pulak ala-ala kasut balet warna biru. Pandai jugak ye kau berfesyen minah.

Tapi , cara dia bercakap macam brutal sikit. Hehe. Aku kisah apa. Bukan makwe aku pun. Amik gambar sikit, minah. ‘
Cepat-cepat izz mencapai Samsung Galaxy Note II miliknya dan menangkap gambar lea yang sedang enak melayari bahtera mimpi.
‘buat kenangan izz. Haha. Banyak lah kau punya kenangan. Izzul Islam.’ Bicaranya dalam hati.

Me Love You! 4


BAB 4
‘’ encik , oh encik. Encik weh ‘’. Lepas tiga kali aku panggil baru dia tersedar. Terpisat-pisat dia mengosok matanya. Nasib baik dia bangun. Dah penat aku panggil. Penat lah sangat. Baru tiga kali , Lea weh.

‘’ Tu handphone encik berbunyi dari tadi. Saya tolong kejutkan sahaja ‘’. OMG!  I never see such a beautiful eyes like this. Cantik gila siot! Mata dia berwarna violet. Ni punye mamat kacukan ke betul-betul mat saleh? Kalau mat sale tulen, dia faham ke tidak apa yang aku bary cakap tadi? Aduh, susah betul lah.
Sebelum aku sempat memberitahu apa yang di beritahu tadi dalam BI, mamat tu pun terus menjawab panggilan itu.

‘’ Ada apa mummy call Izz? ‘’ dia senyap seketika. Mungkin mummynya sedang bercakap.
‘’ Alah, mummy. Izz boleh balik dengan teksi lah. Alang-alang dah naik bas, ambil teksi terus balik. Tak payahlah suruh driver mari ambil. Kesian kat pak bakar tu. ‘’ Ohh. Mesti anak orang kaya. Siap ada driver lagi. Kataku di dalam hati.

‘’ Daripada suruh driver ambil kat airport, baik mummy suruh pak bakar ambil Izz dari sana lagi. Tiba-tiba je kena mendarat kat sana. Tak payah susah-susah naik bas. Dah lah ada awek cun kat tepi Izz ni mummy. Hahahaha! ‘’ lelaki itu menjeling aku sambil menghadiahkan senyuman.
Zapppppp! Aku dapat rasakan jantung ku bagai berhenti berdegup. Mamat ni buat aku berdebar-debar je. Aduhai , Lea. Jangan lah kau jatuh hati dekat mamat macam ni. Muke je hensem tapi nampak macam main-main je. Aku tahu lah muka aku tak cantik pun. Setakat cukup-cukup makan je. Hmmmmmmm.

‘’ okey lah mummy. Bye. Assalamualaikum. I love you, mummy. ‘’
Anak Melayu rupanya. Tapi, sikit pun aku tak nampak darah Melayu kat muka dia ni. Harap pandai cakap melayu je. 

Me Love You! 3



BAB 3
            YA ALLAH, bencinya aku. Apesal aku dapat tempat duduk tepi lelaki ni. Menyesal pulak tak beli dua tiket. Tak pasal-pasal kena duduk tepi orang laki ni. Ayoyoyo! Redha je lah. Nak tak nak, aku duduk je tepi lelaki tu.

Terpegun aku melihat raut wajahnye. Mak ooiii, hensemnye!! Tak rugi aku duduk sebelah dia. Meh lah siasat sikit muka mamat ni. Hahahaha.
Nahh hasil siasatan aku.

 Mamat ni aku rasa kacukan mat saleh kot. Hidung dia pun mancung semacam je. Bukan mancung macam orang melayu. Kening pulak cantik je terletak kat muke dia ni. Wow! Bahagian  bibir dia memang mengancam lah. Nipis dan berwarna pink. Yang pasti , I like it!

YA ALLAH! Kenapa dengan aku ni?? Istighfar-istighfar , Lea. Ampunkan dosa ku, YA ALLAH. Aku tak patut fikir macam tu. Menyesalnya.
 Tapi dia mesti tak merokok. Nampak sangat dari warna bibir dia tu. Tapi kan, ada je mat saleh merokok walaupun warna bibir diorang tak berubah. Still nampak macam tak pernah disentuh oleh sebatang rokok pun.

Ape-ape je lah. Yang ko susah pergi mikir sal diorang ni kenapa. Buat pening kepala ko je , Lea. Daripada duk mikir bende tak penting ni, baik aku tido je. Sedap sikit.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Lagu Secret dendangan One Republic berkumandang di telinga aku. Siapa pulak ni yang call aku? Dah lah tengah syok tidur ni. Hishh! Kacau je lah. Wait a minute! Aku kan tak gune handphone. Apa lah, terlupa lah pula.  Habis tu, handphone siapa pula yang kacau aku tidur?

Perlahan-lahan aku membuka mata. Ohhh, handphone mamat sebelah aku rupanya. Dia ni tak sedar ke handphone dai berbunyi. Tidur mati kot. Nak kejutkan ke tak ni? Aku kejutkan je lah. Mana tahu panggilan penting tu .

Me Love You! 2


BAB 2
            ‘’Ummi, Muni nak keje kat KL boleh tak? ‘’
Bulat mata ummi merenung aku. Hehehe , aku hanya tersengih sahaja.
‘’Muni nak buat apa keje? Kita tak de lah miskin sangat. Masih ada duit lagi ‘’. Hadooiii!! Ummi dah start keluarkan hujah dia. Tahu lah ummi dulu handal berbahas. Selalu menang. Aku tahu la sebab abah rajin cerita kat aku.
‘’Alah, ummi. Saje je nak keje. Muni nak cari pengalaman dulu. Boleh la ummi? ‘’ aku cuba meraih simpati ummi. Hehehe. Pandai aku kan. J
‘’ Tak boleh. Ummi takut nak lepaskan kamu sorang diri. Macam-macam yang berlaku kat sana. Ummi bimbang lah. ‘’ ummi menyatakan alasannye yang aku dah boleh agak dah.
‘’ Ummi, skali ni je. Muni merayu kat ummi ni. Boleh ye ummmi? ‘’
Lima belas minit kemudian..
‘’ Hmmmmm, ikut kamu lah. Tapi, hati-hati yau. ‘’ Hehehehe. Berjaya jugak aku pujuk ummi. Abah dah tersengih-sengih memandang gelagat aku. Hehehe. Menari chicken dance. Maklum lah, terlebih happy. Macam menang loteri je aku ni.
‘’ Ok ummi. Kat sana , Muni duduk dengan kawan along. Ummi janganlah risau sangat ye. I’m okay ummi. ‘’ ucapku sambil mengangkat ibu jariku.
‘’Amboi, kamu ni. Dah plan awal-awal rupanya. ‘’ ummi menjeling aku. Hehehe.
‘’ Ummi ni, takkan nak merajuk dengan Muni. Pergi kat abah lah kalu nak merajuk. ‘’
‘’ budak ni. Sempat pulak kenakan orang. ‘’ terburai ketawa kami berdua dengan telatah ku.
Berjaya jugak aku pujuk ratu hatiku ini. Muahihihihihi !! pandai aku kan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

            Merah mata aku kerana tak henti-henti menangis. Huawwwww!! Nak tinggalkan rumah , mestilah sedihkan. Aku pulak tak biasa tinggal kat asrama. Homesick lah katakan.
‘’ Muni ni, sudah-sudah lah tu. Dulu, dia jugak yang beria-ria nak pergi KL. Nak cari pengalaman lah. Ni dia pulak yang terjebek menangis. Hahahaha. ‘’ ummi memujuk tapi sempat pulak dia kenakan anak manja dia ni. Hmmmmm, tak pe lah. Redha je. HuhuhuL.
‘’ Muni jaga diri elok-elok ye. Abah sentiasa doakan  Muni. ‘’ kata abah seraya memelukku.
‘’ Baiklah , abah. ‘’
‘’ Lea , cepat lah naik bas tu. Nanti dia tinggal kau baru tahu. Membazir je beli tiket. ‘’ Syafa berseloroh. Nak sembunyikan kesedihan dia lah tu. Tak pe lah , Syaf. I understood.
‘’ Syaf , nanti aku mesti rindu kat kau. Nanti aku call lah kau ye. Gne telefon kawan along ke. ‘’ aku pun memeluk kawanku itu. Tak mungkin dapat ku cari kawan sebaik Syafa. Ohhhh, Tengku Syafa Nour Malihah . I love you damn much!!
‘’ Tu lah kau. Aku suruh pakai telefon tak nak. I love you, Lea. Kau jaga diri ye. ‘’ Syafa pun meleraikan pelukan ku. Macam tahu je aku tak nak lepaskan pelukan. Hehehe.
‘’ okey lah. Munifah Liyana pergi dulu ye. Bye-bye. Sayang korang semua. ‘’
Aku pun masuk ke dalam perut bas Sani Express ni dan mula mencari tempat dudukku. Hahahahaha, tak sangka abah sanggup beli tiket bas ni. Dah la mahal. Ni yang buat aku semakin sayang abah. Hehehe. Tapi, aku betul-betul respect lah dekat Dato’ Sani Salleh. Tak sampai umur 40-an, dah jadi jutawan. Siap ada kereta Ferrari lagi. Kan sedap kalu tok laki aku macam tu. Dah-dah lah tu berangan, Lea ooii.
            Dah jumpa pun tempat duduk aku. Semakin hampir aku dengan tempat dudukku, baru perasan sesuatu. WHAT?????!!!!