Tuesday 5 March 2013

Me Love You! 5


BAB 5
Eh , apasal budak tepi aku ni? Duk tengok aku je dari tadi. Macam lah muka aku hilang sesuatu. Nak kata tak ada hidung, ni ha ada! Siap mancung lagi. Lubang hidung pun dua je. Bukan satu. Alamak! Mesti sebab aku belum ucap terima kasih lagi. Lupa lah siot!

‘’ err.. thanks ye sebab tolong kejutkan saya. ‘’ ujar Izz sambil tersenyum manis.
Aik? Asal tak ada respon pun. Pelik betul lah budak ni.
Izz pun melambai-lambai tangannya di hadapan Lea.

‘’ Hello? ‘’ sapa Izz sambil mengangkat kening.

‘’ Opocot, mak kau! ‘’ terdengar latah yang keluar daripada bibir mungil Lea.

‘’ Hahahahahahahahahaha ‘’ bagai nak pecah perut izz ketawa.

‘Ish , mamat ni. Kelakar sangat lah tu. Aku cili jugak mulut mamat ni. Dah naik merah pipi aku .’gumam lea dalam hati.

‘’ maaf ye. Saya tengok awak asyik sangat tilik muke saya. Bila tegur,awak tak dengar pulak.’’

‘’ ohhh. Takpe. I’m fine. ‘’ segaris senyuman di hulurkan.

‘’ by the way, macam orang tua je awak melatah tadi. Hehe. Cute . ‘’ ujar izz.

What? Dia cakap aku macam orang tua. Tapi, dia kata aku cute. Hehe. Alhamdulillah. Abah selalu pesan dekat aku. Kalu orang puji, kita kena bersyukur lah.

‘’ tapi kan, saya tak de lah tua sangat kn? ‘’ cuak aku di buatnya. Aku kan baru umur 17 tahun.

‘’ tak de lah. Gura je. ‘’ balas izz.

‘’ saya rasa mungkin awak perlu pakai cermin mata yang betul lah. Bukan yang hitam macam ni. Agak-agak lah sikit ye bergurau macam tu. Nanti tersungging kan hati orang lain. Saya tak terasa pun. Cume nasihat saje. Ok lah. Saya nak tidur ‘’.

Terpinga-pinga izz apabila gadis itu menyerang dia. Aik, marah betul minah ni. Gura je kot.
‘’ hehe. I know . can u tell me your name? ‘’

‘Izz!!! Kenapa dengan kau ? gatal je mulut kau tanya nama dia. Ya Allah, aku bukan pandai mengurat pun. Mesti mummy bangga dengan minah ni sebab dia perempuan pertama yang aku buat macam ni.’ Guman izz dalam hati.

Mamat ni memang sah nak kena karate di Munifah Liyana agaknya. Tak ada angin , rebut sibuk tanya nama aku. Kalau cantik macam Scha Al-Yahya tak pe lah jugak. Ni muka setakat cukup makan je.
‘’ kenapa nak tahu nama saya? Penting ke? ‘’ sah mamat ni gile!

‘’ saja nak tahu. Nak tambah kawan. Orang kata berkawan  biar seribu berkasih biar satu. Nama saya Izzul ‘’ dengan selamba izz menjawab. Siap bermadah lagi. Copy paste dari papa. Hahaha. Thanks , papa!

‘’ saya Lea. ‘’

‘’ cantik nama. Secantik tuannya. ‘’ sempat lagi dia menyakat lea.

‘’ whatever. Saya nak tidur. Nanti tolong kejutkan kalau ada apa-apa ye. ‘’ perlaham-lahan lea melelapkan matanya. Emmmm , ngantuknya. Hanya tuhan je tahu betapa berdebarnya dia.

‘Emmmm, cute jugak ye minah ni. Muke nampak polos gitu. Mata dia bulat sikit. Macam heliza helmi. Hehehe. Gadis idamankuu! Warna mata dia hazel dan bila tengok mata dia macam berkaca-kaca gitu. Cantik!  Yang pasti, semua anggota kat muke minah ni perfect lah. Sesuai je dengan bentuk muke bujur sirih dia tu. Ada iras datin nor aliah lee pulak.’ Gumam hati izz.
Sempat juga dia menilik cara gadis sebelahnya berpakaian.
‘ awesome! Calon isteri yang solehah. Hahaha. Pandai dia tutup aurat. Dengan blaus warna biru laut dan seluar slack warna putih dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih. Labuh menutupi dada. Kasut pulak ala-ala kasut balet warna biru. Pandai jugak ye kau berfesyen minah.

Tapi , cara dia bercakap macam brutal sikit. Hehe. Aku kisah apa. Bukan makwe aku pun. Amik gambar sikit, minah. ‘
Cepat-cepat izz mencapai Samsung Galaxy Note II miliknya dan menangkap gambar lea yang sedang enak melayari bahtera mimpi.
‘buat kenangan izz. Haha. Banyak lah kau punya kenangan. Izzul Islam.’ Bicaranya dalam hati.

No comments:

Post a Comment