Tuesday 5 March 2013

Me Love You! 7


BAB 7
Kak hanna tinggal di Taman Indah. Menyewa rumah dekat sini. Murah je kata kak hanna. RM200 , ok la tu kan. Rumah pun aku tengok cantik dan selesa giler. Haha. Tambah pula suasana perumahan ni macam dekat kampung je aku rasa. Damai je, jauh daripada kesibukan Kuala Lumpur yang memang terkenal dengan sebagai kota metropolitan. Kak hanna memang pandai la cari tempat macam ni.
‘’ woit! Jauh termenung adik along ni ‘’, aku terasa bahuku dipukul lembut daripada belakang.
‘’ eh , akak. Mana ada lea termenung. Lea ambil angin je. Lea tak sangka pula akak pandai cari tempat macam ni. Suasana kampung pula tu, lea rase tak duduk dekat Kuala Lumpur la pula bila  tengok suasana perumahan ni. ‘’ segaris senyuman dilemparkan sebaik sahaja aku selesai bercakap.
‘’ alah, akak mamang cari tempat macam ni. Tak sangka pula ada tempat kosong. Terus akak ambil. Kebetulan murah , apa lagi. Akak rembat la. Hehehe ‘’.
‘Laaaa , kak hanna beli ke rumah ni? Semangat aku ingat kak hanna sewa.’
‘’ lea ingat kak hanna sewa rumah ni. Beli rupanya. Habis tu akak beritahu harga sewa tu buat apa? ‘’ tanya ku.
‘’ kamu la yang kena bayar RM200 tu. Hahahahaha ‘’.
‘’ betul ke kak? Lea belum kerja lagi ni. ‘’ hadoi, merosakkan mood aku je.
‘’ haishh, mana ada. Akak gura je tadi. Akak beli rumah ni RM300. Masa tu , rumah ni tak secantik sekarang tau. Banyak juga la akak perhabis untuk baiki rumah ni tapi yang penting akak berpuas hati. Lagi pun, akak sayang la suasana dekat sini. Tu yang akak sanggup keluar duit semata-matanya nak baiki rumah ni. ‘’ panjang lebar kak hanna menerangkan asal usul rumah ni. Hehehe.
‘’ eh, lea. Dah lewat ni. Esok nak pergi kerja pula. Dah dah, cepat masuk tidur. ‘’
Masing-masing menuju ke bilik dan terus melelapkan mata. Tak sabar menanti hari esok.

No comments:

Post a Comment