Tuesday 5 March 2013

Me Love You! 2


BAB 2
            ‘’Ummi, Muni nak keje kat KL boleh tak? ‘’
Bulat mata ummi merenung aku. Hehehe , aku hanya tersengih sahaja.
‘’Muni nak buat apa keje? Kita tak de lah miskin sangat. Masih ada duit lagi ‘’. Hadooiii!! Ummi dah start keluarkan hujah dia. Tahu lah ummi dulu handal berbahas. Selalu menang. Aku tahu la sebab abah rajin cerita kat aku.
‘’Alah, ummi. Saje je nak keje. Muni nak cari pengalaman dulu. Boleh la ummi? ‘’ aku cuba meraih simpati ummi. Hehehe. Pandai aku kan. J
‘’ Tak boleh. Ummi takut nak lepaskan kamu sorang diri. Macam-macam yang berlaku kat sana. Ummi bimbang lah. ‘’ ummi menyatakan alasannye yang aku dah boleh agak dah.
‘’ Ummi, skali ni je. Muni merayu kat ummi ni. Boleh ye ummmi? ‘’
Lima belas minit kemudian..
‘’ Hmmmmm, ikut kamu lah. Tapi, hati-hati yau. ‘’ Hehehehe. Berjaya jugak aku pujuk ummi. Abah dah tersengih-sengih memandang gelagat aku. Hehehe. Menari chicken dance. Maklum lah, terlebih happy. Macam menang loteri je aku ni.
‘’ Ok ummi. Kat sana , Muni duduk dengan kawan along. Ummi janganlah risau sangat ye. I’m okay ummi. ‘’ ucapku sambil mengangkat ibu jariku.
‘’Amboi, kamu ni. Dah plan awal-awal rupanya. ‘’ ummi menjeling aku. Hehehe.
‘’ Ummi ni, takkan nak merajuk dengan Muni. Pergi kat abah lah kalu nak merajuk. ‘’
‘’ budak ni. Sempat pulak kenakan orang. ‘’ terburai ketawa kami berdua dengan telatah ku.
Berjaya jugak aku pujuk ratu hatiku ini. Muahihihihihi !! pandai aku kan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

            Merah mata aku kerana tak henti-henti menangis. Huawwwww!! Nak tinggalkan rumah , mestilah sedihkan. Aku pulak tak biasa tinggal kat asrama. Homesick lah katakan.
‘’ Muni ni, sudah-sudah lah tu. Dulu, dia jugak yang beria-ria nak pergi KL. Nak cari pengalaman lah. Ni dia pulak yang terjebek menangis. Hahahaha. ‘’ ummi memujuk tapi sempat pulak dia kenakan anak manja dia ni. Hmmmmm, tak pe lah. Redha je. HuhuhuL.
‘’ Muni jaga diri elok-elok ye. Abah sentiasa doakan  Muni. ‘’ kata abah seraya memelukku.
‘’ Baiklah , abah. ‘’
‘’ Lea , cepat lah naik bas tu. Nanti dia tinggal kau baru tahu. Membazir je beli tiket. ‘’ Syafa berseloroh. Nak sembunyikan kesedihan dia lah tu. Tak pe lah , Syaf. I understood.
‘’ Syaf , nanti aku mesti rindu kat kau. Nanti aku call lah kau ye. Gne telefon kawan along ke. ‘’ aku pun memeluk kawanku itu. Tak mungkin dapat ku cari kawan sebaik Syafa. Ohhhh, Tengku Syafa Nour Malihah . I love you damn much!!
‘’ Tu lah kau. Aku suruh pakai telefon tak nak. I love you, Lea. Kau jaga diri ye. ‘’ Syafa pun meleraikan pelukan ku. Macam tahu je aku tak nak lepaskan pelukan. Hehehe.
‘’ okey lah. Munifah Liyana pergi dulu ye. Bye-bye. Sayang korang semua. ‘’
Aku pun masuk ke dalam perut bas Sani Express ni dan mula mencari tempat dudukku. Hahahahaha, tak sangka abah sanggup beli tiket bas ni. Dah la mahal. Ni yang buat aku semakin sayang abah. Hehehe. Tapi, aku betul-betul respect lah dekat Dato’ Sani Salleh. Tak sampai umur 40-an, dah jadi jutawan. Siap ada kereta Ferrari lagi. Kan sedap kalu tok laki aku macam tu. Dah-dah lah tu berangan, Lea ooii.
            Dah jumpa pun tempat duduk aku. Semakin hampir aku dengan tempat dudukku, baru perasan sesuatu. WHAT?????!!!!

No comments:

Post a Comment