Tuesday 5 March 2013

Me Love You! 4


BAB 4
‘’ encik , oh encik. Encik weh ‘’. Lepas tiga kali aku panggil baru dia tersedar. Terpisat-pisat dia mengosok matanya. Nasib baik dia bangun. Dah penat aku panggil. Penat lah sangat. Baru tiga kali , Lea weh.

‘’ Tu handphone encik berbunyi dari tadi. Saya tolong kejutkan sahaja ‘’. OMG!  I never see such a beautiful eyes like this. Cantik gila siot! Mata dia berwarna violet. Ni punye mamat kacukan ke betul-betul mat saleh? Kalau mat sale tulen, dia faham ke tidak apa yang aku bary cakap tadi? Aduh, susah betul lah.
Sebelum aku sempat memberitahu apa yang di beritahu tadi dalam BI, mamat tu pun terus menjawab panggilan itu.

‘’ Ada apa mummy call Izz? ‘’ dia senyap seketika. Mungkin mummynya sedang bercakap.
‘’ Alah, mummy. Izz boleh balik dengan teksi lah. Alang-alang dah naik bas, ambil teksi terus balik. Tak payahlah suruh driver mari ambil. Kesian kat pak bakar tu. ‘’ Ohh. Mesti anak orang kaya. Siap ada driver lagi. Kataku di dalam hati.

‘’ Daripada suruh driver ambil kat airport, baik mummy suruh pak bakar ambil Izz dari sana lagi. Tiba-tiba je kena mendarat kat sana. Tak payah susah-susah naik bas. Dah lah ada awek cun kat tepi Izz ni mummy. Hahahaha! ‘’ lelaki itu menjeling aku sambil menghadiahkan senyuman.
Zapppppp! Aku dapat rasakan jantung ku bagai berhenti berdegup. Mamat ni buat aku berdebar-debar je. Aduhai , Lea. Jangan lah kau jatuh hati dekat mamat macam ni. Muke je hensem tapi nampak macam main-main je. Aku tahu lah muka aku tak cantik pun. Setakat cukup-cukup makan je. Hmmmmmmm.

‘’ okey lah mummy. Bye. Assalamualaikum. I love you, mummy. ‘’
Anak Melayu rupanya. Tapi, sikit pun aku tak nampak darah Melayu kat muka dia ni. Harap pandai cakap melayu je. 

No comments:

Post a Comment