Tuesday 5 March 2013

Me Love You! 8


BAB 8
‘’ Assalamualaikum , Puan Sri. Dah sihat hari ni? ‘’ dengan mesra kak hanna bertanya.

‘’ dah okay pun. Hanna , kamu bawa tak lagi budak yang kamu ceritakan tu? ‘’

‘’ dah, Puan Sri. Tu pun dia. ‘’ kak hanna menunding jarinya ke arah aku yang sedang tercegat berhampiran mereka berdua.

‘’ Assalamualaikum, Puan Sri. Nama saya Munifah Liyana. Puan Sri boleh pangggil saya lea. Baru habis spm. Kiranya umur saya 18 tahun la. Hee . ‘’aku terus tersengih seperti kerang busuk.

‘’ waalaikumussalam , munifah. Saya NorKhairani Abdullah. Umur baru 47 tahun. Still young lagi ni. Boleh tambah anak sorang lagi. Hahaha. ‘’ sempat lagi Puan Sri NorKhairani ni berseloroh. ‘Tapikan dia tak letak PUAN SRI pun tadi semasa memperkenalkan diri. Aku dapat rasakan yang dia ni mesti yang merendah diri. Kan, kan, kan? hehehe.’

Puan sri NorKhairani melambai ke arah kak hanna. Terkocoh-kocoh kak hanna dibuatnya.

‘’ hanna, nak letak muni kat mana ye? Butik ke restoran? Or kedai bunga? ‘’ tanya Puan Sri NorKhairani kepada kak hanna.

‘’ Puan Sri, kenapa tanya saya pula? Tu kan hak Puan sri menentukan pekerja puan sri bekerja dekat mana yang puan sri rasa sesuai. ‘’

‘ puan sri ni mengigau ke tiba-tiba je tanya aku. Biasa ikut suka dia je nak letak kat mana-mana pun. ‘ gumam kak hanna dalam hati.

‘’ kalau macam tu, saya letak awak dekat sini je la ye, di Butik Muslimah Khea. Kamu kerja di bawah hanna ye. Nanti dia bagi la tunjuk ajar dekat kamu. Gaji RM800 sebulan. I hope you will enjoy working here. Ok la, muni , hanna. I have to go now. Assalamualaikum. ‘’

5 minit kemudian.

Kereta Mazda 6 milik Puan Sri NorKhairani berlalu pergi meninggalkan perkarangan butik mewah itu.
‘’ welcome to Butik Muslimah Khea. You will work under my order. Hahahaha. Tak sangka puan sri letak lea dekat sini. Mati-matian kak hanna ingat dia akan letak lea dekat kedai bunga atau restoran. ‘’ kak hanna terus berceloteh sebaik sahaja puan sri pergi.

‘’ apa nama kedai bunga dan restoran milik puan sri tu? ‘’

‘mesti banyak duit ni. Nama pun puan sri dekat pangkal nama dia tu. Senget betul la ko ni lea .’

‘’ Kedai Bunga Khea dan Khea’s Restaurant. Kedai buku tu terletak berhampiran Bukit Bintang. restoran pula dekat dekat sini je. Senang sikit puan sri nak pantau. Lae tahu tak? Puan sri upah designer sendiri untuk buka butik ni. Akak antara orang pertama yang kerja kat sini. Butik ni pun dah buka dekat lima tahun juga la. Akak dah selesa kerja kat sini, sampai akak rasa malas nak cari kerja yang bersesuaian dengan bidang yang akak ambil di Belanda dulu. ‘’ tu dia. Panjang lebar je penerangan cik nur hanani along ni , hahahaha. 
‘’ akak ambil bidang apa ye dekat oversea dulu? ‘’ tanyaku.

‘’ akak ambil bidang akaun. Hehe , maknanya akak boleh kerja sebagai akauntan la. ‘’ ujar kak hanna.


‘’ habis tu macam mana boleh tersangkut dekat sini? ‘’ berkerut dahi aku memikirkan cerita kak hanna.
‘’ ala , masa tu akak tengah cari kerja sambilan sementara keputusan temuduga akak keluar. Kebetulan Butik Khea baru buka masa tu. Akak pun serbu je la butik ni. Hehehe, tapi masa tu gaji akak rendah je. Dalam 600 ratus laa. 5 bulan kemudian , puan sri dapat kesan yang akak ni graduan daripada University Of Netherland. Dia pun pujuk la akak jdi akauntan di butik ni. Akak pun teragak-agak juga pada mulanya. Lepas berbincang dengan family , akak pun terima. Gaji pun di up kan kepada jeng jeng jeng! Hahahahahaha. ‘’
‘’ akak ni, lea tengah excited dengar cerita akak ni. Buat lawak pula, cepat la bagitahu. Berapa kak? ‘’
‘ curiga juga aku ni. Kalu jadi akauntan dekat syarikat yang betul, banyak juga yang kak hanna dapat. Dalam 6000 aku rasa. Bukan ramai yang berjaya dalam bidang akauntan ni. Susah weh nak berjaya. Ciput je yang berjaya.’
‘’ adalah dalam 4000. Hehehe ‘’. Tersengih kak hanna melihat muka aku yang terlopong apabila mengetahui gaji dia.
‘’ 4 ribu? Sikit je kak bagi akauntan macam akak ni. ‘’
‘’ sikit lea kata? Bagi akak banyak la tu. ‘’ bidas kak hanna.
‘’ kalau akak kerja dekat syarikat betul, bukan dekat butik. Dalam 6 ribu akak dapat. ‘’
‘’ eleh, pun sri ada bagitahu akak yang tan sri berminat nak ambil akak diserapkan dalam syarikat dia. Hehe , dalam tahun depan atau tahun sekali lagi. Amacam? ‘’
‘’Ya Allah, untung la kak hanna ‘’.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 ‘’ lea , puan sri ada seorang anak teruna tau. Handsome sangat! Muka ala-ala Pan Asian gitu. Tapi , tak silap akak puan sri berkahwin dengan lelaki British yang menetap kat Malaysia. Anak teruna dia tu sikit pun tak nampak melayu. Dah la rambut blonde semulajadi. Mata dia! Ya Allah , tak dapat kak hanna bayangkan. Satu je berita buruk pasal dia, umur dia baru 25. Huhu. ‘’ kak hanna membuat muka sedih

‘’ Terlepas saja. Akak dah umur 26 tahun. Hahahaha. Lea , jangan bagitahu along ye. Mengamuk dia nanti. ‘’ bisik kak hanna kepadaku.

‘’Orait bos ! hehehe ‘’.

‘ Tapikan , dari cerita kak hanna tu membuatkan aku teringat dekat Izzul. Hmmmmm. ‘ L

No comments:

Post a Comment